Mardhiah

Skizofrenia, bypolar atau yang sewaktu dengannya sinonim dengan Tanjung Rambutan. Negetive, aib, menakutkan, pembunuh yang ganas lagi sadis. Pesakit skizo membunuh? YES. Jika tak menerima rawatan yang betul. Trust me saya salah seorang dari 1% penduduk dunia yang mindanya terpisah ini.

Monday, November 06, 2006

RUH DI SEMPADAN GELISAH

Ruh Di Sempadan Gelisah

Kalian kirim gergasi besi
ke pinggir bumi kami
maka rentangkan pateri duri
di sempadan tanah gelisah
ketahuila tubuh kami yang suci
akan melepaskan roh yang kudus
hinggakan gerombolan kalian
cerai-berai hancur berkecai

Puisi ini ditulis oleh seorang yang sangat berbakat BUKUNOTA. Penulis berbakat besar ini mula mengasah tintanya semenjak di bangku sekolah lagi. Penulis ini sangat saya minati tulisannya sebab sangat cantik dan menyenangkan hati.

Pernah berjumpanya in person, seorang yang sangat humble lagi low profile, ada yang melesernya mengalami inferiority complex??? I don't think so. He strong, he know that his talented, cuma belum masanya lagi dia tunjuk taring. Sebagai wartawan semestinya dia lebih realistik. Saya mengharapkan akan berserilah rumah sastera kita dengan kehadiran lebih banyak karya-karya beliau nanti.

Di sini saya cuma mau feed back pembaca blog ini wat if baris 1-4 kita lihat dalam perspektif perang saraf di Malaysia, perampasan tanah oleh kapitalis-kapitalis bertaring tajam yang rakus mengambil alih tanah milik pribumi atas nama pembangunan. Dalam kes-kes pengambilan tanah-tanah Felda, ramai yang bersuka ria. Jika di Palestine itu Ruh-ruh mereka gelisah, di sini pula bagaimana ya? ALPA? Sebagai skizofrenia, minda saya terpisah, apa saya fikir, apa saya rasa mungkin tak sama. Jadi sudi-sudila tinggalkan komen di sini.

2 Comments:

Blogger Sahrunizam said...

teruskan perjuangan dunia sastera
sdr.unizamat

1:33 PM  
Blogger Bukunota said...

< quote >Pernah berjumpanya in person, seorang yang sangat humble lagi low profile, ada yang melesernya mengalami inferiority complex???< /quote >

erk.. bila pernah jumpa?

11:04 PM  

Post a Comment

<< Home